Friday, September 12, 2008

Kat kedai makan Azura..

Aku sensorang kat kedai azura ni.. xda sapa teman aku kat sini. xpe bagus gak. tenang gak untuk aku berborak gan botak. dia cakap dia segan nk borak2 kalu ramai orang. mm minum milo ais kaw. xkaw pon! huh!.. same old same thing same place same weather same feeling. entah la...

Wednesday, September 10, 2008

Me Wit my fren bergambar sakan

mm merenung nasib kat kedai makandah busan2 terus menjilat ekin
aku gan ina kat putrajaya.. eh nampak lak dia kat belakang
wah betul dia ni nk lawan isap rokok gan aku
hahaha time ni kitaorg tak puasa taw.. kantoi
ni sekali lagi... tiga2 xda keje dah
dah puas isap rokok ker?
ini adegan muka orang tak puasa
Kita berdua ni kawan snap pic mesti muka melekat

Dengan kawan2 pompuan.. kalau amik pic mesti masih2 buat muka.. wakakka.. lebeh2 aku le yang selalu buat muka. selalunya snap pic tu kt kedai makan.. sampaikan ada org cakap kita org poyo. Jeles la tu... ahaks mereka ni la kawan2 yang selalu buat aku hepi.. tanpa diaorang aku tak tau la.. semoga persahabatan kekal setia. Jangan jadi macam yang lain. easy to fren easy to let it go. Hargai la setiap persahabatan yang tersimpul dengan begitu rapi...







Inilah kucing2 ku...

Ini lah kucing2 aku.. ada 6 ekor.. nama diaorg benny, bobo, kakak, caca, cici, adik. First kucing kat umah ni adalah cici, dulu aku ingat dia ni anak musang. Rupa2nya anak kucing, cici suka duduk belakang badan org lalu melibas2 ekornya yg kontot itu. kekeke... yang kedua menduduki adalah caca, dia sama baya gan cici, dia ni kucing yg pendiam. Suka buat hal sendiri. Lately ni dia suka sangat tido bawah kaki aku. Yg ketiga ialah cica.. dah arwah dah. Penyakit yang xdapat dikesan. Kesian sangat kat dia. Mula2 amik dia dulu kat kedai makan. Cica ni kucing siam.. kecik aje kucingnya. Bulunya lebat sangat. Rindu kat dia. Dia xboleh dipegang. Tp dia yg akan usap orang.

Yang seterusnya berada kat umah aku ni. Benny n kakak. Diaorg ni adik beradik. Benny ni seekor kucing yg gedix. Ahaha.. bukan gedix la. Dia manja over.. sama le tu kan. Kakak pulak selalu keluarkan suara yg aneh bila kitaorg tegur dia. Dia jugak yang paling cuak antara yang lain. Diaorg ni kucing yang dah campur. Persian 3generasi kot. Lebih kurang macam tu la kot. Seterusnya si adik. Jumpe dia kat tangga umah. Mm.. kecik2 cute. Bile besar.. adei.. mmg kucing kampung. Dia yang paling gatal sbb dia kucing jantan selain benny. Mulut kalau tengah nk mengawan tu.. adeii.. bising.. rasa nk sepuk2.. tp dah banyak kali kena sepuk pon. Dan akhir sekali bobo. Kucing yang suka mencakar. Abis tangan aku kena cakar gan gigit. Dia ni bukan kucing yang manja. Sombong. Selalu kena pukul gan aku. Tapi kalau dia kat dalam bilik jadi sopan la pulak. Tetiba bising nk menegur orang.

Itu la serba sedikit tentang kucing2 yang ada kat umah aku ni. Semuanya kena kurung dalam umah. Tak dibenarkan keluar dari umah. Mereka gak penyeri umah ni. Banyak ragam dan banyak pe’el. Mereka juga peneman ku dikala sunyi..

Monday, September 8, 2008

501


Terima kasih buat rumah 501 blok 1 2/4f Bandar Baru Bangi.. selama 2thn aku menduduki rumah ini..Pelbagai kenangan yang aku dapat dari rumah ni. Walaupon rumah ni tak sebesar mana tp cukup untuk aku berteduh selama 2thn.

Pada mulanya agak tersentap apabila tuan rumah bagi sms mengatakan rumah tu dah dijual.. terkejut semuanya ada. Tp aku menghormati apa yang dikatakan. Diberi notis selama sebulan. Sedih oo bukan tak sedih. Dua tahun tu. Bukan jangka masa yang pendek. Nasib baik aku tak mengecat keseluruhan rumah. Hanya sempat mengecat bilik tidur dan bilik air sahaja. Mengambil masa selama 2hari untuk selesai mengemas dan berpindah 12/7/08 itu la kali terakhir aku duduk dirumah no 501.

Sekali lagi diucapkan terima kasih buat tuan rumah dan rumah no 501. Akan ku kenang sepanjang hayat ku.