Wednesday, January 2, 2008

My feeling


2008


Relaku menunggumu,
Seribu tahun lama lagi,
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini,
Biar berputar kearah selatan ,
Ku tak putus harapan sedia setia
....


Tahun baru 2008 menjelma pada hidup ku... ku bersyukur keatas ilahi di atas
kekuasaannya ku.Masih hidup di bumi ni... setelah banyak yang aku alami pada tahun 2007 ia membuatkan aku menjadi lebih tabah menghadapi hidup yang penuh cabaran ini. Setiap impian dan cita cita ku bukan sahaja tidak dapat aku kecapi tetapi aku masih bersyukur apa yang aku ada sekarang.

Langkah baru yang aku ingin lakukan biarlah langkah yang penuh bergaya. Bergaya dari segi kesihatan dari segi kewangan dari segi emosi juga. Walaupun kekadang emosi ku bukan sestabil yang aku harapkan tp bagi aku cukup untuk masa skrg ini.

Jangan sesekali putus asa azam aku pada tahun ini. Jangan sesekali kalah dengan emosi sendiri. Aku mesti bangun dari angan angan yang tiada jalan penghujungnya. Berusahalah. Jangan kalah pada diri sendiri. Dan ingat segala cabaran hidup yang akan aku tempuhi adalah satu keazaman yang aku perlu tanam pada diri aku sendiri untuk bangun . Dulu aku berpegang pada prinsip “life is short, have fun” tapi bagi aku prinsip itu tak memberi kesan pada diri aku sendiri. Mungkin terlalu memikirkan keseronokan yang membuatkan aku lalai dengan apa yang aku harus lakukan pada hidup dan diri aku sendiri.

Kenangan yang indah akan aku semaikan dalam ingatan aku. Tidak sama sekali aku akan biarkan ia berlalu dengan begitu saja. Banyak kenangan yang indah telah aku dapat pada tahun 2007. Biarpun tak semuanya belaku tetapi aku tetap besyukur. Bagaimanapun kenangan yang tidak indah mesti ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Sesungguhnya amat perit aku hadapi aku gagah hadapi. Tanpa sokongan keluarga, kawan-kawan dan orang yang aku sayangi aku pasti aku tak akan menghadapi saat –saat duka yang aku alami. Walaupun ia masih segar dalam ingatan aku tapi bagi aku ia juga kenangan yang tidak mudah bagi aku untuk melupakannya.


Sambil-sambil menaip aku mendengar lagu Seribu Tahun dari imran ajmain. Melodinya mengusik jiwa aku. Eh aku rindu pada kawan-kawan aku. Kawan-kawan lama. Masing-masing dah hilang dari sisi aku. Tetapi aku sedar dan aku ketahui perpisahan aku dengan mereka pasti terjadi bila melangkah kaki dan melangkah pergi dari hidup ku dengan cara cepat mahupun lambat. Selalu aku fikirkan sapa yang rapat serapat dengan aku ia akan pergi dengan cara mereka sendiri. Aku tidak akan menyalahi diri aku sendiri mahupun diri mereka sendiri. Setiap orang ada jalan hidupnya sendiri. Tapi percayalah aku rindu detik-detik bersama mereka.


Setiap kenangan dahulu tetap tersemai indah dalam fikiran dan jiwa aku. Sama ada ia menjadi kenangan bagi mereka atau tidak aku tidak mengetahui. Gelak tawa, senda gurau, tolong menolong, sedih menangis, pinjam meminjami, marah memarahi, tetap menjadi satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku. Adakah kawan-kawan aku menyedarinya atau tidak? Aku tak pasti dengan jawapanya.

3.19a.m 2/1/08



2 comments:

JoshDcap said...

huhuuhhu..sungguh sadis intro blog anda.ahaks..ape2 pun, still leh terima akal lg..so taniah dgn kelahiran post ke dua ne...Life is short but then try to fill it with a good quality of joy, time and happines, wisely...

JoshDcap said...

Erm, pondering lot of expriences from all over the world make u more down to earth..keep on blogging..